Kad QSL adalah satu kad bukti untuk sesuatu
perhubungan. Kandungan asas ialah stesen yang dihubungi, tarikh, waktu,
frekuensi, kekuatan pancaran dan penerimaan gelombang, pesawat yang
digunakan serta antenna. Seseorang SWL boleh juga menghantar kad ini
kepada stesen-stesen yang didengari. SWL memberitahu percakapan siapa
dengan siapa beserta dengan tarikh, waktu dan frekuensi. Oleh itu
seseorang HAM perlu menyimpan buku log dengan sempurna bagi menyemak
kembali maklumat yang dinyatakan di dalam kad QSL.