SELAMAT DATANG KE HAM RADIO

Kami mengucapkan tahniah kepada saudara saudari kerana telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan akhirnya masuk ke alam 9M2. Kami tidak menghadapi cabaran dan dugaan sepertimana saudara/i sekalian. Tidak ada orang yang memulau atau mengejek kami tatkala menduduki peperiksaan ini, tetapi sebaliknya ada di antara saudara/i yang mendapat cemuhan dan ejekan.

Beberapa orang telah membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang dan anda semua telah membuktikan bahawa hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih, penuh kesabaran dan tidak berputus asa terutama setelah beberapa kali gagal menanganinya. Anda juga membuktikan yang orang Melayu bukanlah semuanya mempunyai mentaliti sabsidi, mau mudah dan malas.

Semangat juang inilah yang membuat anda semua 'special'. Dan anda akan menjadi lebih special jika anda terus berbaik dengan mereka yang 'discourage' dan melemparkan kata-kata yang tidak senang kepada anda.

Seperti biasa kami ingin memberi beberapa pesanan supaya anda sama-sama fikir, bukan meletakkan sebarang paksaan untuk dituruti.

SENTIASA INGAT - Apabila kita di udara kita bukan sahaja kita bercakap secara berseluruh dan main-main, tetapi kita juga menghantar budaya dan mentaliti kita dengan kata-kata, gaya percakapan, soalan-soalan di kemukakan dan isi-isi yang diperkatakan. Bayangkan seseorang yang pada pertamanya bercakap dengan orang luar dan terus menanya tentang gajinya, pekerjaannya, anak isterisnya dan hal-hal peribadi yang lain.Atau kita memberi fakta yang salah tetapi diketahui oleh orang di sebelah sana. Jangan soal - berapa gaji, kerja apa, lulusan mana...

KITA JUGA ADALAH AMBASSADOR - Kita membawa bendera negara apabila kita di ruang antara bangsa. Oleh itu jaga-jagalah SOP dan tatacara yang baik. Bahasa yang tidak enak dan kesat hendaklah dielakkan supaya orang akan kenal Malaysia dengan rakyat yang berpelajaran dan berpendidikan.

TAJAMKAN KEMAHIRAN ANDA - Ramai yang mungkin berkata CW tidak perlu lagi sebab mereka sudahpun dapat 9M2. CW bukanlah kukur kelapa yang tidak digunakan. Anda masuk ke DX band pada waktu yang sesuai dan dengar betapa ramaikah stesen CW dengan kelajuan yang tinggi. Orang-orang Barat dan Jepun di Malaysia menggunakan CW di dalam perhubungandan contest bagi mewakili Malaysia seperti 9M2JKL atau 9M2ADX. Buatlah latihan sesama sendiri bermula denga nkelajuan 8 wpm, sekurang-kurangnya seminggu sekali.

ASAS STESEN ANDA - Gunakan buku log yang sempurna. Masukkan waktu dan tarikh GMT. Waktu sekarang ini ialah 7.33 pagi jam tempatan. Waktu GMT ialah 23.33 dan tarikhnya baru hanya berubah selepas 8.00 pagi Malaysia atau 24.00 GMT.

Beli jam 24 jam yang ada jangka suhu supaya mudah untuk anda memberitahu suhu pada stesen DX terutamanya.

PENGGUNAAN Q-CODE - Kalau boleh elakkan penggunaan Q-Code kerana ia adalah untuk Morse. Code yang masih digunakan oleh antarabangsa ialah QTH. Tetapi ada stesen yang sudahpunmenggantikannya dengan LOCATION. DX stesen yang lama-lama jarang-jarang menggunakan QRT. Terus guna 7 3 dantak perlu panjang-panjang nak sign off. Tak perlu beritahu orang yang kita nak monitor walaupun kita dah sign. JANGAN IKUT INDONESIA. QRX biasanya digunakan bagi memberitahu rakan supaya TUNGGU SEBENTAR sewaktu membayar tol, mencari sesuatu atau membuat sesuatu sewaktu perhubungan. Walaupun kita hendak menggunakan generic meaning 'I will call you again' atau 'when will you call me again' ia memerlukan pemberian masa seperti QRX one atau QRX 10 seconds. Cukuplah dengan sebutan STAND BY PLEASE atau STAND BY ONE. Tidak ada ham lama di Malaysia yang menggunakan QRX seperti orang sekarang.

PENGGUNAAN SHORT CUT - Elakkan short cut di dalam phone. 9M2OMO ialah Nine Mike Two Oscar Mike Oscar bukan Nine Mike Two Omo. MY RIG CANNOT TX diganti dengan MY RIG CANNOT TRANSMIT. TANGGO KILO dengan THANK YOU.

SILA BACA IARU GUIDELINE DI SINI

Mengapa CW - Pandangan Saya
1. Kajian mengatakan seseorang perlu mengharungi kesusahan dan kepayahan untuk ketabahan diri. Orang-orang yang berjuang mengatasi kesulitan dan kesukaran diibarat seperti sebiji benih yang baik yang akan hidup di mana sahaja is dicampakkan. Justru ia akan mempunyai jati diri yang baik dan terpuji, pengalaman yang luas dan bersesuaian untuk dijadikan pemimpin. Kebiasaannya mereka ini tidak bermulut celupar dan mempunyai sikap yang baik. CW adalah alat untuk membentuk peribadi.

2. Kesukaran mendapat lesen kecuali dengan usaha yang tidak putus asa membuat seseorang itu lebih menyayangi lesen yang diperolehinya dan dia tidak mudah tidak menghormati undang-undang seperti bersembang denganstesen pirate dan meminjam call-sign kepada orang lain.

3. Walaupun si mulut celupar mengatakan ia mode yang tidak berguna di dalam amateur radio, dalam banyak hal CW dapat meneruskan perhubungan tatkala band-condition dengan tiba-tiba berubah dan suara sukar difahami. Kita akan mengubah pada mod CW bagi meneruskan perhubungan.

4. Dalam keadaan seseorang hilang keupayaan bercakap, sakit kerongkong, mulut herot and cancer kerongkong ia masih boleh menggunakan CW untuk perhubungan. 9M2LN meneruskan perhubungandenga nrakan-rakan seblum meninggal dunia kerana tatkala itu beliau tidak lagi berupaya bercakap.

5. Adalah menjadi tradisi bagi HAM radio bagi seseorang itu lulus dan mahir di dalam CW. Ia adalah satu pakej HAM. Tanpanya ia boleh dipanggil nama lain dari ham. Dan inilah yang membuat ham radio berbeda dari hobi radio lain bukan RAE. Yang lulus RAE ramai yang tak tahu teknologi radio.

Galakkan rakan-rakan kita belajar dan berusaha di dalam satu bahasa yang indah ini.