BANGSA YANG TUHAN LAKNATI DI DUNIA

Sumpah Al-Quaran sudah dijadikan mainan sepertimana agama disendaguraukan. Ulama dipandang hina. Islam dikatakan pendukung keganasan. Kerajaan mahu semua orang percaya pada sumpah Kitab Suci tetapi enggan melaksanakan perjalanan mahkamah mengenainya.

Semua orang yang dikenakan pertuduhan disuruh bersumpah dengan Al-Qaran yang mereka tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang kejahatan. Mahkamah terus terima akuan itu sebagai benar dan membebaskan mereka. Dengan itu cepatlah proses undang-undang. Kes-kes tertangguh tidak akan wujud.

Manusia terlalu bodoh dan jahat. Isu agama dipermain-mainkan untuk kepentingan diri. Pegangan kepada agama sebenarnya sudah tidak wujud.

Tidakkah anda bersetuju dengan pengadilan secara ini, iaitu hanya bersumpah dengan Al-Quaran ? Apakah yang anda fikir akan berlaku ? Mungkinkah penjenayah yang bukan Islam juga akan memeluk Islam demi untuk bersumpah dengan Al-Quaran yang mereka tidak bersalah ?

Bersetujukah Kerajaan Malaysia dengan kaedah ini ? Jika bersetuju aplikasi sahajalah undang-undang cara ini.

Kami tidak mempersoalkan politik. Tingkah laku orang-orang Melayu Islam telah mencemar imej agama di mata dunia. Banyak persoalan di dalam kepala masih belum terjawab; apabila TV memaparkan mesjid-mesjid di Iraq dibom apakah tindakan kerajaan Malaysia ?

Siapakah yang merendahkan mertabat Islam di Malaysia sehingga ia dipandang hina oleh kaum dan agama lain ? Mereka bangga dengan mainan sumpah-sumpah Al-Quaran yang mereka sendiri tahu boleh dipakai atau tidak ? Seorang tua pernah bertanya soalan kepada saya, "siapakah yang Tuhan laknati di atas mukabumi ini ? " Saya tidak dapat menjawabnya. Katanya,"2 golongan. Yang pertama bangsa Yahudi dan yang kedua bangsa Melayu."

Fikir-fikirkanlah apa kata orang tua itu.